KEMATANGAN ITU SEBAGAI KAYU PENGUKUR KEMANUSIAAN

Umur… tidak menentukan tahap kebijaksanaan & kematangan seseorang… juga… menjadi kayu pengukur seseorang manusia…

Orang berusia… adakalanya gagal memberikan pedoman & teladan
mereka yang muda… tapi, dek kerana EGO… semuanya ditolak ke tepi…
akhirnya… tidak puas hati & cetusan2 lain yang bersifat negatif
menjalari diri…

Orang muda… pula seringkali dianggap tidak
MATANG… sebab… ye lah, MUDA katanya… ilmu pun cetek sangat…
banyak manalah ilmu secara tidak berpengetahuan ada di dalam
sanubari… dan selalunya, kesan impak yang bakal melanda kepada anak
muda… melakukan sesuatu yang ekstrem tanpa memikirkan batas2 hidup
dan pastinya keutuhan iman dalam diri… Jiwa anak muda selalu
memberontak… mahu mencuba segala benda yang berkemungkinan… tapi, ada juga orang muda yang MATANG fikirannya… lagi BIJAKSANA daripada yang berusia…

Bagi aku sendiri, pokok pangkal letaknya pada HATI. Kemudian, gunakan RELEVAN setiap tindak-tanduk & bukannya BUTA TULI meletakkan penghakiman (judgemental? huhuhu) ke atas INDIVIDU itu sendiri (sama ada INDIVIDU itu adalah orang yang kita kenal lama atau baru kenal).

Kadang-kadang, belajar bagus-bagus, sampai diploma, ijazah dan etc… tapi, BODOH pun berTINGKAT-TINGKAT juga. Sebab rasa DIRI tu PANDAIII sangat… bila PANDAIII itu dah melampaui tahap KEBODOHAN orang yang berkelulusan lebih rendah daripada diri sendiri… masa tu, dah tersungkur, dah terbaring sekalipun… orang keliling mungkin dah tak dapat nak tolong… ye lah… kata PANDAI. Nasihat orang semua dah tak dipeduli… takkan nak salahkan mak ayah juga kan? balik-balik, orang tua juga disalahkan… sedangkan DIRI sendiri tak nak mengaku akan kePANDAIan yang sama tarafnya dengan keBODOHan… lantakkk kamooo ler, labuuu…

One Response to “KEMATANGAN ITU SEBAGAI KAYU PENGUKUR KEMANUSIAAN”

  1. Pymnlesse Says:

    Hi!
    My name is Jessika!

Leave a Reply