Just A… piece of cheese cake… huhuhu

Menunding jari & meletakkan pengadilan terhadap perbuatan individu hanya berdasarkan pemerhatian kasar tetapi bukan dengan penilaian halusi yang pastinya sukar disangkal kebijaksanaan manusia yang Tuhan cipta lengkap akal, satu hentaman normal kepada diri seseorang yang merasakan dirinya cukup SIFAT & SEMPURNA terhadap manusia lain.
Yang dinampak CACATnya,
Yang dilihat TEMPANGnya,

Yang dimaki HAMUNnya,
Yang diherdik HINAnya,
Lantang lagi lancang mulut yang terkumat-kamit memikirkan apakah lagi sumpahan yang harus dihamburkan tanpa memikirkan PERASAAN yang sudah remuk-rendam lagi robek akibat ditoreh oleh sembilu CACIAN yang entahkan bila mampu dinoktahkan.
Lalu, duduk berteleku & menompang air mata yang sudah bertakung yang juga tidak tahu bila akan mati esakan syahdu menguris hati.
Terasa?
Aku juga manusia yang Allah anugerahkan perasaan seperti semua insan yang ditiupkan roh ke dalam jasad.

3 Responses to “Just A… piece of cheese cake… huhuhu”

  1. Kamalia Says:

    huyooooo……naperrr jamy….terasa ngan saper ni..ape pun jadi life must go on…just smile wlu apa pun dugaan yang datang..kita sebagai HAMBA akan sentiasa di uji..ingat satu perkara..bila tiada manusia disekeliling kita yang mendengar..Ingatlah masih ada yang SAYANG dan MAHU mendengar luahan hati kita..hehe jangan sedey sedey yer..anything if u wanna share i’m alwez ere for u..seyum senyum….hahaha mari kita bercuti cutian………..!!!!

  2. Jamy Says:

    Heh.. editorial Starz daa…

  3. Kamalia Says:

    cis penat i karang!

Leave a Reply