Perfect Situation~~~

"Sudah berulang kali membuat kesalahan dan
berulang kali meminta maaf.
Kemaafan boleh diterima sekiranya ia tidak
diulang berulang-ulang kali akan tetapi…"

Aiii… manusia sekalian…
Tak pernah terlintas dalam paler mahupun tindakan akan mengulangi atau dalam erti senang difahami, sengaja melakukan kesilapan/kesalahan.
Ada ke manusia yang nak buat kesilapan?
Nak ke manusia tu selalu dicerca/diherdik/dimaki bila dia tahu dia akan mengulangi perkara yang sama?
Kalau menjawap, dikatanya kita tak boleh menerima teguran.
Kalau mendiamkan diri, dikata tidak peka/tak ambil peduli.
Jadi…
Jalan mana yang harus aku pegi?
Terlebih mengambil port, dikata kurang profesional!
Terkurang mengambil bahagian dikata pendek akal.

Bukan tidak pernah cuba membayangkan diri berada dalam keadaan situasi yang berbeza,
Malah cuba merasai…
Tapi, adakalanya kemampuan/keupayaan dibataskan dengan kudrat yang sedia ada.
Tak mintak lebih,
Tak mintak kurang,
Sekadar memahami/mengerti apa yang dikatakan aku hanya MANUSIA BIASA & tiada yang SEMPURNA melainkan Si Pencipta Yang Satu, Allah!

Leave a Reply